Takaful Malaysia

Kerosakan Mesin Jentera

Perlindungan untuk kerosakan mesin jentera

Skim ini menyediakan perlindungan bagi kerosakan mesin jentera secara tiba-tiba dan tidak dijangka semasa waktu kerja atau waktu rehat, dan semasa pembersihan, pemeriksaan, pembaikan, pengeluaran atau pemindahan ke tempat lain di dalam premis. Semua loji dan mesin jentera mudah terdedah kepada kerosakan tanpa mengira kualiti atau keprihatinan pemilik. Penggantian mesin jentera juga kini semakin mahal dengan kenaikan kos bahan, buruh, pengangkutan, pembaikan, ketidaktentuan kadar pertukaran wang asing.

 

Kerosakan yang tidak dijangka dan tiba-tiba termasuk:

 

  • Kerosakan bahan, reka bentuk, pembinaan atau getaran.

 

  • Kecacatan dalam acuan/tuangan dan bahan.

 

  • Kegagalan mesin jentera bersambung atau peranti pelinciran yang defektif, kelonggaran alatan, tekanan yang tidak normal, pemanasan sendiri, daya emparan tekanan elektrikal litar pintas yang berlebihan, pengarkaan atau litar terbuka, kecuaian dalam penebatan atau perbuatan niat jahat, kekurangan kemahiran, impak, pelanggaran dan seumpamanya.

 

  • Ribut dan letupan fizikal.

Banner

Kelayakan

Pemilik Mesin Jentera

Bagaimana untuk Menyertai?

Soalan Lazim

Jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar mungkin berbeza bergantung pada pendedahan risiko, keperluan pengunderaitan kami dan jumlah yang dilindungi oleh harta itu. Tertakluk pada sumbangan minimum RM250.00.

Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:

 

  • Kebakaran, kilat, letupan, kecurian, keruntuhan bangunan, penenggelaman, banjir, gempa bumi, rusuhan dan mogok.

 

  • Haus dan lusuh atau kemerosotan secara beransur-ansur lain.

 

  • Bahagian yang boleh ditukar.
  • Peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan, rusuhan, mogok dsb.

 

  • Tindak balas nuklear, sinaran, radioaktif dan pencemaran.

 

  • Perbuatan yang disengajakan atau kecuaian yang disengajakan oleh mana-mana pegawai Peserta.

 

  • Kerugian berbangkit.

 

  • Sebarang kejadian lain yang dilarang oleh prinsip Syariah.

 

Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.

Muat Turun Dokumen