Takaful Malaysia

Liabiliti Awam

Perlindungan untuk pemilik perniagaan daripada liabiliti undang-undang untuk membayar pampasan

Sijil ini adalah untuk melindungi anda sebagai pemilik perniagaan daripada liabiliti undang-undang untuk membayar pampasan bagi kecederaan anggota badan akibat kemalangan atau kerosakan yang tidak sengaja kepada harta benda awam yang disebabkan oleh kecuaian anda atau kecuaian pekerja-pekerja anda. Liabiliti yang dinyatakan juga termasuk caj dan perbelanjaan undang-undang. Semua syarikat dan perusahaan perniagaan perlu mendapatkan perlindungan yang disediakan di bawah Skim ini, dan ia adalah penting untuk pemohon memilih had yang mencukupi memandangkan anggaran tuntutan besar yang mungkin timbul.

Manfaat Utama

Melindungi kecederaan badan yang tidak disengajakan

kepada mana-mana orang yang bukan ahli keluarga peserta atau mana-mana orang dalam perkhidmatan atau kontrak pekerjaan dengan peserta

Melindungi kerosakan yang tidak disengajakan

kepada harta benda yang bukan milik atau dalam jagaan atau kawalan peserta

Menampung sebarang perbelanjaan undang-undang

yang ditanggung oleh peserta dalam mempertahankan prosiding undang-undang dengan kebenaran bertulis operator takaful

Banner

Kelayakan

Pemilik Perniagaan

Majikan

Firma

Perusahaan Perniagaan

Bagaimana untuk Menyertai?

Soalan Lazim

Jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar mungkin berbeza bergantung pada pendedahan risiko, keperluan pengunderaitan kami, jumlah yang dilindungi dan jenis perniagaan anda. Tertakluk pada sumbangan minimum RM75.00.

Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:

  1. Liabiliti berkenaan kecederaan atau penyakit kepada mana-mana orang yang berkhidmat dengan peserta atau peserta dalam latihan.
  2. Liabiliti berkenaan dengan kehilangan atau kerosakan harta benda kepunyaan peserta atau orang yang bertanggungjawab atau orang berkuasa.
  3. Letupan dandang stim atau vesel yang beroperasi di bawah tekanan stim.
  4. Kehilangan atau kerosakan yang disebabkan oleh getaran atau kelemahan dan pengalihan sokongan.
  5. Liabiliti yang disebabkan oleh atau berkaitan dengan atau timbul daripada
    1. Sebarang kenderaan, yang memuat dan memunggah
    2. Lif, pengangkat eskalator dan kren
    3. Susunan kebersihan yang rosak
    4. Keracunan makanan
    5. Kebakaran, letupan banjir atau pencemaran air
  6. Sebarang kejadian lain yang dilarang oleh prinsip Syariah.

 

Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.

Muat Turun Dokumen