Takaful Malaysia

Manfaat Pekerja

Penyelesaian Manfaat Pekerja Anda yang Menyeluruh

Kami akui bahawa pekerja adalah aset yang paling penting bagi satu organisasi dalam mengekalkan perniagaan yang berjaya dengan produktiviti yang tinggi. Di Takaful Malaysia, kami menawarkan beberapa siri produk yang memberi perlindungan kepada pekerja anda merangkumi perlindungan hayat, perubatan dan penghospitalan. Yang paling penting, pasukan profesional kami yang cekap dan berpengalaman di dalam bidang Manfaat Pekerja bersedia untuk menawarkan penyelesaian mengikut keperluan dan belanjawan majikan/syarikat yang berbeza-beza.

 

Berbincanglah dengan kami untuk merancang penyelesaian Manfaat Pekerja yang membolehkan anda memaksimumkan manfaat di samping meminimumkan kos anda.

Manfaat Utama

Perlindungan Komprehensif

Takaful Keluarga Bertempoh Berkelompok - memberi perlindungan kewangan kepada pekerja anda sekiranya berlaku kematian disebabkan oleh penyakit atau kecederaan akibat kemalangan

Akses Mudah

Perlindungan 24 jam di serata dunia untuk kemasukan ke hospital & perlindungan bertempoh

Perkhidmatan Tambahan

Perkhidmatan perundingan & nasihat profesional untuk memenuhi pelbagai keperluan anda

Bagaimana untuk Menyertai?

Muat Turun Dokumen