Takaful Malaysia

Takaful Jaminan Pekerja Asing

Jaminan dalam bentuk deposit keselamatan untuk penggajian pekerja asing

Di bawah Peraturan 21, Peraturan Imigresen, anda diwajibkan oleh Jabatan Imigresen untuk menyediakan jaminan dalam bentuk deposit keselamatan untuk pengupahan pekerja asing (tidak termasuk Pembantu Rumah Domestik).

 

Jaminan ini adalah untuk menampung perbelanjaaan penghantaran pulang pekerja yang mungkin diarahkan untuk balik ke negara asal semasa bekerja di Malaysia atas arahan pihak berkuasa. Antara sebab-sebab arahan penghantaran pulang pekerja asing ke negara asal adalah seperti berikut:

 

• Pelanggaran Akta Imigresen.

 

• Pekerja terlibat dengan aktiviti yang haram dan menyalahi undang-undang seperti dadah, kerja-kerja yang tidak bermoral dan lain-lain.

 

• Syarikat anda dibubarkan dan tidak dapat menyediakan penghantaran pulang pekerja.

Banner

Kelayakan

Majikan pekerja asing

Bagaimana untuk Menyertai?

Soalan Lazim

Jumlah sumbangan yang perlu anda bayar bergantung pada kewarganegaraan pekerja dan keperluan pengunderaitan kami. Tertakluk kepada sumbangan minimum RM50.00.

Pelan ini akan menjadi jaminan kepada Jabatan Imigresen untuk menampung perbelanjaan penghantaran pulang sekiranya pekerja anda dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk dihantar pulang ke negara asal semasa berada di Malaysia.

Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.

Muat Turun Dokumen