Takaful Malaysia

Takaful myCI Cover

Membantu Meringankan Beban Kewangan Anda untuk Penyakit Kritikal

Pelan takaful penyakit kritikal kendiri caruman tetap yang akan membayar jumlah dilindungi sekiranya didiagnos dengan salah satu daripada 39 penyakit kritikal.

Manfaat Utama

Perlindungan daripada 39 penyakit kritikal

Tempoh perlindungan yang fleksibel berdasarkan keperluan anda

Proses permohonan yang mudah tanpa pemeriksaan kesihatan

Banner

Kelayakan

Rakyat Malaysia yang berumur 19 tahun hingga 45 tahun pada hari lahir yang akan datang.

Bantuan & Sokongan

Grey arrow
Grey arrow
Aplikasi Penilaian Diri
Ketahui lebih lanjut

Bagaimana untuk Menyertai?

Soalan Lazim

Secara amnya, Takaful myCI Cover adalah sesuai untuk mereka yang memerlukan perlindungan penyakit kritikal dengan caruman mampu milik. Bayaran manfaat pelan ini boleh digunakan untuk membayar kos penjagaan dan menguruskan perbelanjaan ketika melalui waktu-waktu yang mencabar.

Amaun perlindungan asas yang minimum ialah RM50,000. Anda boleh memilih sebarang amaun dalam gandaan RM10,000 (seperti RM50,000, RM60,000, RM70,000 dan sebagainya), tertakluk pada amaun maksimum RM300,000.

Jumlah caruman bergantung kepada umur kemasukan, jantina, tempoh perlindungan dan jumlah perlindungan anda. Anda hendaklah memastikan caruman yang dibayar untuk pelan ini berada di dalam lingkungan bajet anda.

Jika anda membatalkan sijil dalam tempoh 15 hari penelitian percuma daripada tarikh penghantaran e-Sijil, kami akan membayar balik caruman yang telah dibayar. Walau bagaimanapun, jika anda membatalkan sijil selepas tempoh 15 hari penelitian percuma, tiada bayaran balik caruman atau nilai tunai akan dilakukan. Perlindungan anda akan tamat pada tarikh matang caruman yang seterusnya di mana anda tidak lagi perlu membayar caruman yang akan datang.

Tidak, pelan ini tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

Muat Turun Dokumen