Takaful Malaysia

Takaful myFire

Lindungi harta anda daripada kerosakan kebakaran

Pelan asas Takaful Kebakaran melindungi kerugian atau kerosakan harta benda anda yang disebabkan oleh kebakaran, kilat dan letupan gas silinder domestik di mana-mana bangunan dengan syarat bangunan hanya terpakai untuk penutup asas letupan domestik. Sijil ini boleh diperluaskan kepada peril khas yang dibenarkan di bawah Tarif Kebakaran Yang Disemak Semula (RFT).

 

Selain itu, anda boleh melanjutkan perlindungan untuk menampung kerugian sewa, yuran arkitek, juru ukur dan jurutera serta penghapusan serpihan tanpa sebarang kos tambahan kepada anda.

 

Anda boleh pilih untuk melindungi dari kerugian sewa dan peril berikut dengan sumbangan yang minimal:

  • Banjir
  • Tangki air yang pecah atau melimpah
  • Kerosakan hentaman
  • Kerosakan akibat niat jahat
  • Rusuhan dan Mogok

Manfaat Utama

Pulangan Tunai

Sekiranya tiada tuntutan sepanjang tempoh perlindungan

Pilihan Lanjutan Perlindungan

Untuk menampung kerugian sewa, yuran arkitek, juruukur dan jurutera serta penyingkiran serpihan tanpa kos tambahan

Manfaat Tambahan

Untuk menampung kerugian sewa dan peril dengan sumbangan minimum

Banner

Kelayakan

Pemilik Harta

Sokongan

Grey arrow
Grey arrow
Kalkulator Kos Bangunan PIAM
Ketahui lebih lanjut

Bagaimana untuk Menyertai?

Soalan Lazim

Jumlah sumbangan tahunan yang perlu dibayar bergantung pada keperluan pengunderaitan  dan peril yang dipilih. Tertakluk kepada sumbangan minimum RM60.00 untuk kediaman dan RM75.00 untuk bukan kediaman.

Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:

 

  • Peril seperti yang dinyatakan dalam perkara 3 (di atas) melainkan ia dilanjutkan dan sumbangan tambahan dibayar.
  • Kerugian akibat kecurian semasa dan selepas berlakunya kebakaran.
  • Peperangan dan kekecohan awam.
    Pencemaran radioaktif.
  • Pembakaran oleh Peserta sendiri.
    Runtuhan bangunan.
  • Bangunan yang dilindungi dan/atau mengandungi harta tanah yang dilindungi tidak berpenghuni dan kekal sedemikian untuk tempoh lebih daripada 30 hari berturut-turut.
  • Pengecaman tarikh.
  • Sebarang kejadian lain yang dilarang oleh prinsip Syariah.

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk Sijil untuk senarai penuh pengecualian di bawah produk ini

Ya, anda boleh membatalkan sijil pada bila-bila masa dengan memberi kami notis bertulis. Selepas pembatalan, anda layak mendapat pemulangan sebahagian daripada sumbangan dengan syarat tiada sebarang tuntutan dibuat.

Muat Turun Dokumen