Takaful Malaysia

Takaful myFlexi PA

Pelan takaful kemalangan peribadi menyeluruh dan fleksibel dengan empat belas (14) Manfaat Utama untuk melindungi anda dan keluarga tersayang.

Pelan Takaful myFlexi PA membolehkan anda memilih manfaat mengikut kemampuan dan keperluan anda.

Manfaat Utama

Dari serendah RM0.35 sehari

Perlindungan tinggi sehingga RM750,000.

Tiada pemeriksaan perubatan.

Banner

Kelayakan

Rakyat Malaysia: atau

Penduduk Tetap Malaysia; atau

Ekspatriat dengan permit kerja yang sah di Malaysia (Pekerjaan Kelas 1 – pekerja kolar putih yang bekerja di dalam premis pejabat sahaja).

Grey arrow
Grey arrow

Bagaimana untuk Menyertai?

Soalan Lazim

Jumlah sumbangan tahunan yang anda perlu bayar mungkin berbeza-beza bergantung pada pelan yang dipilih.

Produk ini tidak melindungi perkara berikut:  

    • Kecacatan atau keilatan fizikal atau mental yang sedia ada;
    • Gila, bunuh diri (sama ada siuman atau tidak siuman), kecederaan yang disengajakan oleh diri sendiri atau sebarang percubaan untuk melakukannya;
    • Kesan atau pengaruh dadah atau alkohol;
    • Pembunuhan atau serangan provokasi;
    • Semasa melakukan atau cuba melakukan apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang atau jenayah;
    • Semasa menyertai sukan profesional dan/atau aktiviti berbahaya seperti mendaki gunung, mendaki batu atau tebing, hoki ais, bermain polo kuda, penunggang kuda, sukan musim sejuk, sukan kapal layar, sukan berjalan dalam gua dan mendaki gua, aktiviti meluncur air, terjun udara, terjun tebing, lompat “bungee” dll.

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk sijil takaful dan lampiran untuk senarai penuh pengecualian.

Anda boleh membatalkan sijil anda pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada Kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sumbangan secara pro-rata; tertakluk kepada caruman minimum RM25.00 akan disimpan oleh Kami, dengan syarat tiada tuntutan dibuat di bawah sijil.

Muat Turun Dokumen