Takaful myHome Solar
Produk Perlindungan Komprehensif untuk Panel Solar Rumah Anda
Takaful myHome Solar
Produk Perlindungan Komprehensif untuk Panel Solar Rumah Anda
Lindungi sistem solar Fotovoltaik (PV) rumah anda dengan perlindungan menyeluruh terhadap kerugian atau kerosakan disebabkan oleh pelbagai kejadian, seperti kebakaran, kerosakan secara tidak sengaja, kecurian, dan bencana alam. Memaksimumkan penjimatan elektrik anda sambil menikmati ketenangan fikiran, dengan keyakinan bahawa sistem solar PV anda dilindungi.
Perlindungan untuk Semua Risiko
Perlindungan untuk Kehilangan Penjimatan Elektrik
Perlindungan untuk Liabiliti Awam
Pemilik Rumah (Kediaman)
Pemilik panel solar rumah – Rumah Kediaman Persendirian
Jumlah sumbangan tahunan yang anda perlu bayar bergantung pada pelan yang anda pilih.
Terdapat lima (5) pelan dan anda bebas untuk memilih jumlah perlindungan mengikut keperluan anda. Manfaat yang diberikan di bawah produk ini adalah seperti berikut:
– Semua Risiko: daripada RM20,000 sehingga RM100,000
– Kehilangan Penjimatan Elektrik (sehingga 6 bulan): daripada RM600 sehingga RM1,500 (sebulan)
– Liabiliti Awam: RM50,000
Produk ini tidak melindungi terhadap kerugian tertentu, seperti:
– Haus dan lusuh, kemerosotan, susut nilai, sebarang proses pembersihan / pewarnaan, pembaikan atau pemulihan
– Kerosakan atau kecacatan mekanikal
– Peperangan, pencerobohan, serangan musuh asing, permusuhan atau sebarang tindakan keganasan
– Senjata nuklear atau pengionan atau pencemaran radioaktif
– Kerugian atau kerosakan berbangkit daripada apa jua keadaan
– Sebarang kejadian lain yang dilarang oleh prinsip Syariah
Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil untuk senarai penuh pengecualian di bawah produk ini.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).