Takaful Malaysia

Takaful myHouseowners & Householders

Perlindungan komprehensif untuk melindungi rumah, harta benda dan aset anda

Pelan Houseowners ini melindungi struktur rumah anda termasuk dinding, bumbung, lekapan dan kelengkapan, garaj, pintu pagar dan pagar. Pelan Householders melindungi isi rumah seperti barangan isi rumah, barangan peribadi dan harta mudah alih yang lain.

 

Pelan ini melindungi anda daripada kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh perkara berikut:

 

  • Kebakaran, kilat, petir dan letupan domestik
  • Kerosakan akibat pesawat dan impak oleh kenderaan atau haiwan
  • Pecahan atau limpahan tangki air atau paip
  • Kecurian dan pecah masuk
  • Banjir, hurikan, siklon, taufan, angin ribut
  • Kerugian sewa
  • Liabiliti kepada pihak ketiga

 

Di samping itu, pelanggan kami akan mendapat ganjaran pulangan tunai sekiranya tiada tuntutan dalam tempoh perlindungan.

Manfaat Utama

Perlindungan komprehensif

Pulangan Tunai

Sekiranya tiada tuntutan sepanjang tempoh perlindungan

Banner

Kelayakan

Pemilik Harta

Bantuan & Sokongan

Grey arrow
Grey arrow
Kalkulator BCC
Ketahui lebih lanjut

Bagaimana untuk Menyertai?

FAQ

Jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar adalah dikira berdasarkan jumlah perlindungan yang dipilih:

  1. Perlindungan “Houseowners” (Bangunan) – Hanya Pembinaan kelas 1A & 1B diterima. Tertakluk pada sumbangan minimum sebanyak RM60.00.
  2. Perlindungan “Householders” (Isi Rumah) – Hanya Pembinaan kelas 1A diterima. Tertakluk kepada sumbangan minimum sebanyak RM60.00.

Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu seperti: 

  1. Peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan atau sebarang tindakan keganasan. 
  2. Arahan kerajaan atau Perbandaran Awam atau Pihak Berkuasa Tempatan 
  3. Senjata nuklear atau pengionan radiasi atau pencemaran. 
  4. Apa jua bentuk kerugian atau kerosakan. 
  5. Kerosakan harta ke atas data atau perisian.
  6. Kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kecurian oleh pembantu rumah anda atau mana-mana ahli keluarga atau isi rumah. 
  7. Bir, arak, gambar haiwan atau barangan yang digunakan untuk tujuan keagamaan seperti berhala. 
  8. Seksyen “Liabiliti kepada Awam” tidak melindungi sebarang kecederaan atau kerosakan berkaitan asbestos yang melibatkan kerosakan melibatkan penggunaan, kehadiran, kewujudan, pengesanan, pengalihan, penghapusan atau pengelakan asbestos atau potensi terdedah kepada asbestos. 
  9. Sebarang acara/aktiviti lain yang dilarang/bertentangan dengan Syariah. 

Nota: Senarai di atas adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil Induk untuk senarai lengkap pengecualian di bawah produk ini

Anda boleh membatalkan sijil anda pada bila-bila masa dengan memberi kami notis bertulis. Selepas pembatalan, anda layak mendapat pemulangan sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak pernah membuat sebarang tuntutan.

Muat Turun Dokumen