Takaful Malaysia
Mengenai Kami
Bagaimana Kami Bermula
Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) atau nama ringkasnya, Takaful Malaysia atau Syarikat ditubuhkan pada tahun 1981 apabila Kerajaan Malaysia menubuhkan pasukan petugas bagi mengkaji kebolehlaksanaan penubuhan sebuah syarikat Insurans Islam di Malaysia.

29 November 1984
Tarikh penubuhan syarikat dan memulakan operasinya pada 22 Julai 1985
19 Oktober 1995
Selepas beroperasi lebih daripada satu dekad, syarikat telah dijadikan sebuah syarikat awam berhad.
30 Julai 1996
Disenaraikan sahamnya di Papan Utama (kini dikenali sebagai 'Pasaran Utama') di Bursa Malaysia Securities Berhad.

Modal saham Syarikat berjumlah RM230.5 juta yang terdiri daripada 830,433,122 saham biasa dan jumlah aset di peringkat Kumpulan berdiri teguh pada aras RM12.7 bilion setakat 31 Disember 2021

Selama lebih tiga puluh tahun, syarikat kami telah menjadi salah satu pengendali Takaful yang terkemuka di Malaysia dengan kedudukan kewangan yang utuh dan kepakaran di dalam bidang pengurusan risiko bagi memenuhi keperluan pelanggan di seluruh 24 pusat perkhidmatan kami.

 

Organisasi telah berkembang untuk memenuhi keperluan pelanggan melalui kerjasama erat bersama mereka serta menjana pertumbuhan keuntungan yang konsisten bagi membolehkan syarikat memberi pulangan yang tinggi kepada para pemegang saham. Dengan portfolio perniagaan Takaful Keluarga dan Am, keupayaan saluran pengedaran yang pelbagai, perkongsian strategik yang kukuh, produk-produk yang berteraskan pelanggan serta perkhidmatan dan ekuiti jenama yang berkaliber, Takaful Malaysia komited untuk membantu orang ramai mencapai cita-cita mereka untuk masa depan yang cerah dan kedudukan kewangan yang lebih selamat.

 

Kami telah berjaya menetapkan penanda aras di dalam industri Takaful kepada rakan-rakan dan pesaing kami. Anugerah dan pencapaian kami adalah pengiktirafan daripada pasaran dan kami berbangga dengan pasukan yang bekerja begitu keras untuk memastikan anugerah-anugerah ini di dalam gengaman kami. Sebagai perintis dalam industri, kami merupakan pengendali Takaful pertama dan satu-satunya yang telah secara konsisten memberi ganjaran Pulangan Tunai kepada pelanggan Takaful Am kami sekiranya tiada sebarang tuntutan di buat sepanjang tempoh perlindungan.

Pemegang saham semasa kami ialah Lembaga Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dengan pegangan saham masing-masing sebanyak 28.20%, 11.23% dan 6.83% di Takaful Malaysia pada 30 Jun 2022.

Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), yang mula beroperasi pada 30 Jun 2013, telah mengubah landskap industri insurans. Akta baru ini memerlukan pengendali takaful berlesen komposit menukar perniagaan mereka menjadi lesen tunggal dan membahagikan perniagaan Takaful Keluarga dan Am di bawah dua entiti perniagaan yang berlainan.

 

Dengan penstrukturan semula, Syarikat Takaful Malaysia Berhad kini dikenali sebagai Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (STMKB) yang akan terus menjalankan perniagaan Takaful Keluarga. Sebuah syarikat baru dengan nama Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad (STMAB), sebuah subsidiari milik penuh STMKB akan mengendalikan perniagaan Takaful Am.

 

Inisiatif di atas adalah selaras dengan langkah strategik kami untuk mencapai objektif bagi mengekalkan rangkaian perniagaan kami serta memudahkan perluasan rangkaian perniagaan baharu untuk jangka panjang.

 

Kami optimistik terhadap perubahan ini kerana ia akan memberi peluang pertumbuhan yang lebih besar dan menyumbang secara positif kepada prospek kedua-dua syarikat melalui sinergi yang lebih hebat dan pelaksanaan keseluruhan strategi yang efektif untuk menerajui pembangunan industri takaful.

Misi & Visi
Visi
Kami ingin menjadi pilihan utama Insurans
Misi
Matlamat kami adalah untuk melangkaui
Kecemerlangan Operasi
Kebolehan Dalam Daya Saing Teknologi
Inovasi Produk
Budaya Kerja Berorientasikan Prestasi
di dalam usaha untuk meningkatkan nilai pemegang saham.
Struktur Kumpulan​​
Nota: Laporan pada 31 Mac 2023