Takaful Malaysia
Mengukuhkan Ukhuwah dan Menyantuni Pelajar Asnaf UCMI
29 Mac
2024

Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Takaful Malaysia telah menganjurkan Program Iftar bersama pelajar-pelajar asnaf dari University College MAIWP International (UCMI). Inisiatif ini bertujuan untuk memberi pengalaman iftar yang bermakna kepada pelajar-pelajar yang memerlukan, sambil merapatkan hubungan dan memupuk semangat kemasyarakatan.
 

Kemuncak program adalah sesi perkongsian kesedaran Takaful oleh Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad, En. Mohamed Sabri Ramli. Beliau menekankan kepentingan perlindungan kewangan, terutamanya kepada golongan muda, serta keperluan untuk membuat perancangan awal. En. Sabri juga turut menyampaikan duit raya kepada para pelajar bagi meringankan beban kewangan mereka menjelang musim perayaan.
 

Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk berbuka puasa bersama sambil mengingatkan bahawa mereka tidak keseorangan dan Takaful Malaysia sentiasa ada untuk menyokong mereka.
 

Semakin kita mara ke hadapan, marilah kita ingat betapa pentingnya memberi semula dan menyuntik harapan kepada mereka yang memerlukan, bukan sahaja ketika Ramadan, tetapi sepanjang masa.
 

Grey arrow
Grey arrow
Takaful Malaysia 100 Youth Leadership Programme
Takaful Malaysia Prihatin terhadap Mangsa Nahas Bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Takaful Malaysia Perkukuh Sokongan untuk Pelajar Kurang Upaya Penglihatan