Lindungi Diri Daripada Penipuan dan Salah Nyata
Di Takaful Malaysia, kami komited untuk memelihara kepercayaan anda serta melindungi maklumat peribadi dan kewangan anda. Selaras dengan nilai integriti dan ketelusan, kami menyeru semua peserta dan pelanggan agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang aktiviti penipuan dan scam.
Jenis Penipuan dan Salah Nyata

![]()
- Tawaran Takaful Palsu: Penipu mempromosikan produk Takaful Malaysia yang tidak wujud atau tidak sah melalui media sosial, e-mel, atau aplikasi pesanan.
- Penipuan Penyamar: Individu menyamar sebagai wakil, ejen, atau kakitangan Takaful Malaysia untuk mendapatkan maklumat peribadi atau maklumat perbankan anda.
- Penipuan Memancing Data (Phishing) atau Penipuan SMS (Smishing): E-mel, SMS, atau mesej WhatsApp mengandungi pautan palsu yang membawa anda ke laman web penipuan direka untuk mencuri maklumat sulit.
- Tuntutan atau Notifikasi Bayaran Balik Palsu: Mesej penipuan yang meminta yuran atau bayaran pemprosesan untuk tuntutan atau bayaran balik.
- Penyalahgunaan Data Peribadi: Penipu menyalahgunakan nombor kad pengenalan, maklumat sijil, atau maklumat perbankan anda untuk membuat langganan atau pengeluaran tidak sah atas nama Takaful Malaysia.
Cara Melindungi Diri

![]()
- Dapatkan atau perbaharui sijil perlindungan takaful HANYA melalui laman web rasmi, ejen berdaftar, atau rakan kongsi sah kami.
- Jangan kongsi maklumat peribadi, nombor TAC, atau butiran log masuk dengan sesiapa sahaja, termasuk individu yang mengaku sebagai wakil Takaful Malaysia.
- Sentiasa sahkan kesahihan panggilan, e-mel, atau mesej sebelum memberi sebarang maklum balas.
- Layari laman web rasmi kami di www.takaful-malaysia.com.my atau hubungi Unit Perkhidmatan Pelanggan kami untuk pengesahan.
- Pastikan maklumat hubungan anda sentiasa dikemas kini bagi memastikan anda menerima notifikasi rasmi daripada kami.
- Laporkan sebarang mesej, hantaran media sosial, atau individu yang mencurigakan dan mendakwa mewakili Takaful Malaysia.
Komitmen Kami
Kami sentiasa memperkukuh kawalan keselamatan, memantau aktiviti mencurigakan, dan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk membanteras jenayah kewangan serta melindungi para peserta. Meskipun langkah perlindungan ini sudah tersedia, pencegahan penipuan tetap menjadi tanggungjawab bersama. Kesedaran dan kewaspadaan anda memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran yang selamat.
Laporkan Penipuan atau Aktiviti Mencurigakan
Sekiranya anda menerima sebarang komunikasi mencurigakan yang mendakwa mewakili Takaful Malaysia, sila hubungi kami segera:
Perkhidmatan Pelanggan: 1-300 88 252 385
E-mel: csu@takaful-malaysia.com.my
Bersama-sama, kita mampu melindungi komuniti daripada penipuan dan salah nyata dengan menegakkan prinsip kepercayaan dan ketelusan dalam setiap urusan.