Takaful Malaysia
Handshakes dan Takaful Malaysia Am Jalin Kerjasama untuk Memacu Pematuhan Berteraskan Data dalam Sektor Takaful Malaysia
 
30 Apr 2026

Takaful Malaysia Am dan Handshakes Technology (Malaysia) Sdn. Bhd. (“Handshakes”) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) dalam pelaksanaan pertama seumpamanya dalam sektor takaful dan insurans di Malaysia, dengan memanfaatkan data dan teknologi untuk memacu pematuhan berterusan serta meningkatkan tahap kejelasan risiko dalam seluruh ekosistem.

 

Seiring dengan usaha Malaysia dalam mempergiat usaha penguatkuasaan undang-undang berkaitan pencegahan pengubahan wang haram dan jenayah kewangan, kerjasama ini merupakan satu langkah ke hadapan yang penting sebagai pendekatan dalam mengenal pasti, memantau dan mengurus risiko, melangkaui semakan berkala serta pematuhan berasaskan kerangka ke arah pengawasan berterusan yang dipacu oleh data. Kerjasama ini selaras dengan dasar‑dasar Bank Negara Malaysia berkaitan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Pencegahan Pembiayaan Percambahan Senjata (AML/CFT/CPF), serta keperluan Sekatan Kewangan Bersasar (TFS).

 

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama untuk meningkatkan keupayaan pematuhan melalui data dan teknologi. Dengan menyerapkan kecerdasan masa nyata secara langsung ke dalam penentuan keputusan harian, kami membolehkan institusi kewangan mengenal pasti risiko dengan lebih baik, iaitu menangani risiko tersebut sebaik sahaja ia muncul, bukannya selepas perkara itu berlaku. Kerjasama kami dengan Takaful Malaysia Am menandakan satu langkah kukuh ke arah tersebut,” kata Daryl Neo, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama, Handshakes.

 

MEMPERKUKUH TADBIR URUS MELALUI KERJASAMA BERASASKAN TEKNOLOGI

 

 

Walaupun Malaysia telah mempunyai rangka kerja kawal selia yang teguh, institusi kewangan kini berdepan tekanan yang semakin meningkat untuk membuktikan pelaksanaan yang konsisten dalam situasi dunia nyata.

 

Di bawah MOU ini, Takaful Malaysia Am telah bekerjasama dengan Handshakes sebagai rakan teknologi bagi Pemilik Benefisial Muktamad (UBO) dan maklumat risiko. Kerjasama ini menyepadukan data serta maklumat korporat secara langsung ke dalam proses pendaftaran pelanggan, penilaian latar belakang, dan pemantauan berterusan.

 

Ini membolehkan struktur pemilikan dilihat dengan lebih jelas, pendedahan risiko dikenal pasti lebih awal, dan penentuan keputusan berasaskan data dilakukan dengan lebih konsisten sepanjang tempoh perkhidmatan pelanggan.

 

Untuk menyokong penggunaan yang lebih meluas dalam ekosistem industri, Handshakes juga akan memberikan akses eksklusif kepada platform maklumat korporatnya, iaitu Handshakes APP, kepada pihak berkepentingan terpilih dalam rangkaian Takaful Malaysia Am. Ini termasuk rakan kongsi perbankan takaful, perantara takaful, pelaras kerugian, dan peguam tuntutan.

 

Langkah ini bertujuan untuk menggalakkan ketelusan korporat, pemahaman tentang Pemilik Benefisial Muktamad (UBO), dan amalan pemeriksaan risiko yang lebih meluas dalam seluruh rantaian nilai industri.

 

"
Tadbir urus dan ketelusan yang kukuh adalah asas bagi mengekalkan kepercayaan dalam sektor takaful, sekali gus menyokong komitmen kami terhadap keadilan, akauntabiliti dan amalan yang selaras dengan syariah. Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh cara risiko difahami, dinilai dan diuruskan di seluruh perniagaan.

MENINGKATKAN STANDARD TADBIR URUS DALAM SEKTOR TAKAFUL MALAYSIA

 

Malaysia kekal sebagai peneraju global dalam kewangan Islam, sekali gus meningkatkan jangkaan terhadap aspek ketelusan, tadbir urus dan pengurusan risiko. Dalam konteks ini, kerjasama tersebut menandakan peralihan industri yang lebih luas daripada proses pematuhan manual yang memakan masa kepada pengurusan risiko bersepadu yang dikuasakan oleh teknologi.

 

Dengan menggabungkan maklumat UBO bersama pemetaan hubungan korporat, kerjasama ini mengukuhkan kejelasan terhadap struktur syarikat yang rumit, yang merupakan satu cabaran kritikal dalam perkhidmatan kewangan.

 

“Tadbir urus dan ketelusan yang kukuh adalah asas bagi mengekalkan kepercayaan dalam sektor takaful, sekali gus menyokong komitmen kami terhadap keadilan, akauntabiliti dan amalan yang selaras dengan syariah. Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh cara risiko difahami, dinilai dan diuruskan di seluruh perniagaan,” kata Mohamed Sabri Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am.

 

“Memandangkan jangkaan terhadap tadbir urus terus berkembang, pengendali takaful memerlukan kejelasan, konsistensi dan kepantasan yang lebih tinggi dalam membuat keputusan serta pelaksanaan. Kerjasama ini membolehkan kami melangkah ke hadapan dengan lebih yakin dan tangkas, di samping menyumbang kepada standard yang lebih tinggi serta mengukuhkan kepercayaan dalam seluruh industri,” tambah Sabri.

Handshakes dan Takaful Malaysia Am Jalin Kerjasama untuk Memacu Pematuhan Berteraskan Data dalam Sektor Takaful Malaysia
Takaful Malaysia Catat Prestasi Suku Pertama Tertinggi dengan Keuntungan Sebelum Zakat dan Cukai RM158.2 Juta Disokong Pertumbuhan Perniagaan yang Berdaya Tahan
MTA Lancar Pelan Tindakan Sektor Kewangan 2025 dan Laporan Kemampanan untuk Takaful