Dalam peraduan ini peserta (“Peserta”) yang layak harus mematuhi Langkah Peraduan berikut agar penyertaan dianggap memenuhi syarat layak
Langkah 1: LIKE hantaran (‘post’) Peraduan;
Langkah 2: Berikan jawapan yang tepat berserta hashtag #PinktoberTM dan tag @takafulmalaysia.official (Instagram) atau Takaful Malaysia (Facebook) di ruangan komen;
Langkah 3: Tag satu (1) orang rakan.
Enam (6) Peserta yang memberikan jawapan betul akan dipilih sebagai Pemenang (“Pemenang”) tiga (3) daripada Facebook rasmi Takaful Malaysia dan tiga (3) daripada Instagram rasmi Takaful Malaysia. Jika lebih daripada tiga (3) peserta yang menjawab dengan betul penggunaan alat rawak akan digunakan untuk memilih Pemenang.
Lapan belas (18) orang Pemenang akan dipilih pada akhir Tempoh Peraduan.
Pemenang untuk setiap pusingan akan diumumkan di halaman Facebook rasmi dan Instagram rasmi Takaful Malaysia pada:
Pusingan pertama kedua dan ketiga: 26 Oktober 2023.