Takaful Malaysia
Lima Kanak-Kanak Rumah Anak Yatim As-Sakinah Berjaya Menakluki Puncak Gunung Kinabalu
07 Jan
2019

Lima kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim As-Sakinah berjaya menawan puncak tertinggi Borneo iaitu Gunung Kinabalu hasil tajaan Takaful Malaysia baru-baru ini. Lima orang kanak-kanak ini adalah sebahagian daripada 11 orang peserta ekspedisi yang berjaya mencapai puncak di dalam masa 2 hari pendakian. Takaful Malaysia melalui Tanggungjawab Sosial Korporat Takaful myJalinan Kasih telah menyumbang sebanyak RM8,000 untuk menampung kos perbelanjaan keseluruhan yang diperlukan untuk ekspedisi ini.

Program yang melibatkan lapan orang anak yatim dan dua orang warden ini turut diiringi oleh penaungnya. Kami amat berterima kasih kepada Takaful Malaysia kerana bermurah hati menaja kos perbelanjaan serta memberi sokongan penuh terhadap ekspedisi ini. Kami juga berasa sangat terharu kerana anak-anak ini turut membawa semangat yang kental dari segi fizikal, mental dan rohani untuk menyempurnakan ekspidisi ini serta kembali dengan selamat.

 

highlight of As-Sakinah orphanage conquer the peak of Mount Kinabalu

Grey arrow
Grey arrow
"
Kami amat berbesar hati untuk menaja program ini kerana ia mampu memberi peluang kepada kanak-kanak ini untuk menyedari bahawa mereka mampu mengecapi setiap matlamat jika mereka meletakkan keazaman dan iltizam yang tinggi. Penglibatan kami di dalam aktiviti ini adalah untuk tujuan yang baik, malah rumah ini juga merupakan pelanggan setia kami selama bertahun-tahun."

 

Program ini adalah platform yang baik serta peluang untuk kami berhubung dengan masyarakat kerana ia menyokong usaha sosial, memperkasakan orang ramai dan penglibatan komuniti yang luas yang menjangkaui perniagaan harian kami. Takaful Malaysia akan sentiasa menyokong inisiatif mulia ini, selaras dengan program kemasyarakatan korporat kami untuk memupuk semangat muhibah, pembelajaran serta membina hubungan dengan masyarakat.

Bangunan dan Fasiliti Pembuatan Bakeri untuk Rumah Perlindungan Remaja
Di Hatiku Student Food Aid Program
Perkakas Rumah untuk Pelajar Asnaf dan Keluarga