Takaful Malaysia
Bersama Komuniti: Sokongan kepada Mangsa Putra Heights
02 Apr
2025

Pada April 2025, satu insiden kebakaran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya telah memberi kesan besar kepada kehidupan ramai keluarga. Sebagai tanda keprihatinan, Takaful Malaysia telah menyumbangkan sebanyak RM100,000.00 bagi membantu mangsa yang terjejas, selaras dengan komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial korporat. Sebuah kaunter bantuan khas turut didirikan berhampiran kawasan terlibat untuk memudahkan urusan para peserta kami.
 
Sumbangan ini mencerminkan tekad kami dalam memperkukuh daya tahan dan kesejahteraan komuniti yang merupakan teras utama usaha kelestarian kami. Ia juga menyerlahkan peranan kami bukan sekadar sebagai pengendali takaful, malah sebagai warga korporat yang sentiasa bersama masyarakat di saat memerlukan.
 
Menerusi inisiatif seperti ini, kami terus menghayati nilai kasih sayang, tanggungjawab dan solidariti — bukan sahaja dalam mencapai matlamat alam sekitar, tetapi juga aspek sosial kelestarian yang mampu membawa kesan positif berpanjangan.
 

Grey arrow
Grey arrow
Takaful Malaysia 100 Youth Leadership Programme
Takaful Malaysia Prihatin terhadap Mangsa Nahas Bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Takaful Malaysia Perkukuh Sokongan untuk Pelajar Kurang Upaya Penglihatan