Takaful Malaysia
Dana Khairat Asnaf Johor
22 Jan
2025

Takaful Malaysia telah bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada 10,000 penerima asnaf yang layak di negeri Johor. Dana ini disalurkan ke dalam akaun TH mereka. Inisiatif yang dilancarkan di Muar ini adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kami yang menunjukkan komitmen kami dalam menyokong komuniti, memperbaiki taraf hidup dan memupuk kestabilan kewangan.
 

Dengan mengadakan kerjasama strategik bersama institusi keagamaan, inisiatif ini bukan sahaja memperluas capaian kewangan kepada komuniti asnaf malah menggalakkan perancangan kewangan jangka panjang melalui simpanan dan perlindungan yang terancang. Ia membuktikan bahawa usaha CSR yang kukuh mampu membina masyarakat yang lebih berdaya tahan dan lestari, sejajar dengan komitmen Takaful Malaysia terhadap pembangunan komuniti.
 

Grey arrow
Grey arrow
Dana Ehsan Pendidikan Demi Masa Depan Yang Cerah
Dana Khairat Asnaf Johor
Di Hatiku Mini Bazaar