Takaful Malaysia
Perkakas Rumah untuk Pelajar Asnaf dan Keluarga
23 Jun
2023

Takaful Malaysia donated household appliances to sixty-four (64) Asnaf students of Sekolah Kebangsaan Saujana Utama in Sungai Buloh. The donation of home appliances is part of Takaful Malaysia’s community-based activities under the company’s CSR initiative to help underprivileged and eligible Asnaf students and their families receive Zakat aid and improve their quality of life.

 

Sekumpulan orang bergambar di hadapan sepanduk.

 

Siti Hajar Rizlan, Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Takaful Malaysia hadir pada majlis penyerahan sumbangan di Sungai Buloh yang turut dihadiri oleh Zazaluma Harun, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Saujana Utama, dan wakil daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (“PIBG”) dan Persatuan Ibu Bapa Komuniti Swasta (“PIBKS”).

Grey arrow
Grey arrow
"
Sebagai pengendali takaful, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan dalam masyarakat. Oleh itu, sumbangan perkakas rumah kepada pelajar Asnaf dan keluarga mereka adalah salah satu program yang kami anjurkan untuk memberi bantuan kepada mereka yang layak dan memerlukan sebagai penerima zakat. Kami telah memperuntukkan dana zakat untuk program ini bagi pembelian perkakas rumah terpilih untuk kegunaan harian para pelajar Asnaf dan keluarga mereka. Setiap pelajar Asnaf dan keluarga mereka akan menerima sebuah periuk nasi, kipas angin dan dapur gas. Melalui inisiatif ini, kami ingin menghulurkan bantuan sekaligus memberi kemudahan kepada pelajar Asnaf dan keluarga mereka dalam menjalani urusan harian.”

Program CSR ini merupakan satu inisiatif murni bertujuan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial yang meluas demi kehidupan yang lebih baik kepada pelajar Asnaf dan keluarga mereka. Aktiviti CSR ini adalah salah satu cara kami mendekati golongan yang memerlukan, dan program ini selaras dengan falsafah korporat kami untuk meningkatkan taraf hidup dan memupuk sifat penyayang dalam masyarakat. Matlamat kami adalah untuk menggalakkan kualiti hidup yang lebih baik untuk komuniti di sekeliling kami disamping memberi nilai kepada pemegang kepentingan kami. Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, Takaful Malaysia sentiasa berada di hadapan dalam menyemai amalan saling membantu, dan kami akan terus menyokong inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Bangunan dan Fasiliti Pembuatan Bakeri untuk Rumah Perlindungan Remaja
Di Hatiku Student Food Aid Program
Perkakas Rumah untuk Pelajar Asnaf dan Keluarga