Takaful Malaysia
Program Di Hatiku Food Aid UIAM
15 Feb
2024

Takaful Malaysia telah menghulurkan bantuan berupa kupon makanan kepada para pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang layak. Kupon makanan ini, boleh ditebus di gerai makanan terpilih di kampus, yang secara tidak langsung memastikan bahawa pelajar mempunyai akses kepada makanan yang berkhasiat secara berkala. Inisiatif ini bertujuan untuk menangani masalah ketidakjaminan makanan, membantu mengurangkan salah satu tekanan utama yang boleh menjejaskan prestasi akademik dan kesihatan keseluruhan. Melalui inisiatif ini, Takaful Malaysia telah menyumbang sebanyak RM171,750, yang memperlihatkan komitmen yang teguh terhadap tanggungjawab sosial dan kebajikan komuniti.
 
Secara keseluruhan, program ini telah memberi manfaat kepada 229 pelajardan memberi impak yang besar dalam kehidupan mereka. Dengan memastikan makanan harian mereka terjaga, ini sedikit sebanyak akan membantu pelajar fokus pada pembelajaran mereka tanpa perlu risau tentang masalah kewangan.

 

Grey arrow
Grey arrow
"
Takaful Malaysia menghulurkan bantuan kewangan melalui kupon makanan yang boleh ditebus di penyedia makanan terpilih di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk pelajar UIAM yang layak di bawah kategori asnaf fakir. Kami telah memberi manfaat kepada 229 pelajar dengan menyumbang RM171,750 melalui program ini.
Program Di Hatiku Food Aid UIAM
Program Di Hatiku Medi Aid
Bangunan dan Fasiliti Pembuatan Bakeri untuk Rumah Perlindungan Remaja