Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (“Kumpulan” atau “Takaful Malaysia”), syarikat insurans Islam PERTAMA di Malaysia baru-baru ini menyumbangkan peralatan unit rawatan rapi (“ICU”) bernilai kira-kira RM75,000 kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (“HTAR”) di Klang sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (“CSR”) Syarikat dalam memerangi wabak COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad berkata, “Sebagai sebuah syarikat insurans, kami memahami betapa pentingnya
memiliki peralatan perubatan yang mencukupi untuk memastikan pesakit mendapat akses rawatan dan perkhidmatan perubatan tepat pada masanya. Selaras dengan matlamat CSR kami untuk memberi semula kepada komuniti dan menyumbang ke arah masyarakat yang prihatin, kami berharap sumbangan ini membantu usaha HTAR menyelamatkan nyawa serta mengukuhkan sistem penjagaan kesihatan di Malaysia.
Takaful Malaysia menyumbangkan peralatan unit rawatan rapi yang terdiri daripada tangki dan rak oksigen, selain tiub pernafasan dan chamber kits, serta nasal interface cannula, iaitu paralatan yang penting untuk meningkatkan paras oksigen pesakit COVID-19 yang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi HTAR. Hospital Tengku Ampuan Rahimah kini merupakan salah sebuah hospital di Selangor yang beroperasi sepenuhnya untuk merawat dan menampung pesakit COVID-19. HTAR turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Takaful Malaysia di atas sumbangan peralatan unit rawatan rapi tersebut.
“Kami memandang serius terhadap situasi semasa pandemik COVID-19 ini, kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada kehidupan dan kesihatan orang ramai tetapi juga tekanan kepada isi rumah. Bagaimanapun, adalah menjadi tanggungjawab kami sebagai warga korporat yang prihatin untuk memberi pertolongan sebaik mungkin dalam memerangi wabak COVID-19. Kami juga ingin menyeru orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi SOP untuk mengekang penyebaran virus, serta memainkan peranan dan mendapat vaksin untuk kesihatan dan keselamatan diri, orang yang disayangi dan orang ramai. Kekal selamat dan sihat, bersama-sama kita dapat mencapai imuniti kelompok dan menyokong perjuangan menentang COVID-19,”