Takaful Malaysia
Rumah Baharu untuk Asnaf
01 Dis
2022

Takaful Malaysia telah menyerahkan dua rumah baharu yang dibina untuk Asnaf, golongan kurang berkemampuan yang layak untuk menerima bantuan zakat di Selangor dan Kedah. Program bantuan perumahan untuk Asnaf adalah usaha sama antara Takaful Malaysia, Lembaga Zakat Selangor dan Lembaga Zakat Negeri Kedah untuk membantu mereka yang memerlukan memiliki rumah dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

 

rumah asnaf handover images

Bantuan rumah untuk golongan Asnaf atau penerima zakat merupakan program yang kami mulakan untuk menyediakan rumah kepada mereka yang paling terjejas dan layak. Justeru, kami telah menyediakan peruntukan daripada zakat untuk program ini bagi membantu membina rumah baharu kepada golongan Asnaf melalui kerjasama dengan Lembaga Zakat Negeri masing-masing. Setiap rumah yang baharu dibina berharga lebih kurang antara RM40,000 dan RM50,000. Kami turut menyediakan perabot asas dikedua-dua buah rumah baru tersebut bagi keselesaan kepada mereka.

Grey arrow
Grey arrow
"
Program bantuan rumah membolehkan Asnaf memiliki rumah yang dibina di atas tanah mereka. Program ini selaras dengan falsafah korporat kami untuk menambah baik kehidupan dan menyumbang ke arah masyarakat penyayang. Di bawah projek perintis dengan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Selangor dan Kedah, kami berharap untuk terus berusaha ke arah memperluaskan program ini dengan Lembaga Zakat Negeri atau Majlis Agama Islam dari negeri lain. Takaful Malaysia sentiasa berada di barisan hadapan dalam memupuk muhibah dan akan terus menyokong inisiatif murni yang memberi manfaat kepada masyarakat.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal hadir pada majlis penyerahan rumah baharu di Kajang, Selangor dengan diiringi Omar Mohamed, Ketua Syariah Takaful Malaysia. Mohd Helmi, Ketua Operasi Agihan Daerah Sepang, Lembaga Zakat Selangor dan wakil Lembaga Zakat Selangor turut hadir pada majlis penyerahan tersebut.

 

 

Majlis penyerahan rumah baharu kedua Asnaf telah diadakan di Kupang, Kedah. Takaful Malaysia diwakili oleh Omar Mohamed, Ketua Syariah Takaful Malaysia dan wakil dari cawangan Sungai Petani, Alor Setar dan Bandar Perda. Azizul Rusmadi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi Agihan dan Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Negeri Kedah dan wakilnya turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut. Mohd Zaher Haron penerima kedua rumah baharu yang dibina di Kampung Jerai Kepala Titi di Kupang, Kedah melahirkan rasa syukur kerana keluarganya kini dapat tinggal di kediaman yang selesa dan berterima kasih kepada Takaful Malaysia dan Lembaga Zakat Negeri Kedah kerana membantu golongan kurang berkemampuan.

Bangunan dan Fasiliti Pembuatan Bakeri untuk Rumah Perlindungan Remaja
Di Hatiku Student Food Aid Program
Perkakas Rumah untuk Pelajar Asnaf dan Keluarga