Takaful Malaysia
Takaful Malaysia Perkukuh Sokongan untuk Pelajar Kurang Upaya Penglihatan
23 Mei
2025

Takaful Malaysia telah menyumbangkan sebanyak RM150,000.00 kepada Projek Braille di Sekolah Agama Princess Elizabeth, Johor Bahru, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan tanggungjawab sosial korporat. Inisiatif ini bertujuan menyokong pelajar kurang upaya penglihatan dengan mempertingkatkan akses mereka kepada pendidikan agama dan akademik.
 
Sumbangan ini digunakan untuk pembelian al-Quran Braille, mesin Brailler, pencetak embosser Braille bagi bahan pembelajaran, serta kabinet penyimpanan — peralatan yang membolehkan pelajar belajar secara lebih berdikari dan penuh keyakinan.
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah En. Rusdi Mat Saat, alumni sekolah tersebut yang juga merupakan kakitangan Takaful Malaysia yang telah lama berkhidmat. Kisah kejayaan beliau mencerminkan kekuatan daya tahan dan peluang yang dimanfaatkan sepenuhnya.
 
Inisiatif ini menzahirkan komitmen berterusan Takaful Malaysia terhadap kepelbagaian, keterangkuman dan kesejahteraan komuniti, sekali gus mengangkat semangat sebenar takaful — saling menyokong dan berkongsi kesejahteraan bersama.
 

Grey arrow
Grey arrow
Takaful Malaysia 100 Youth Leadership Programme
Takaful Malaysia Prihatin terhadap Mangsa Nahas Bas Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Takaful Malaysia Perkukuh Sokongan untuk Pelajar Kurang Upaya Penglihatan