Integrasi kelestarian memerlukan tadbir urus yang kukuh serta selari dengan objektif kelestarian kami. Dengan melaksanakan dasar dan amalan yang tegas, kami memperkukuh strategi kelestarian dan memantau kemajuan secara lebih berkesan.
Penilaian Kerentanan dan Ujian Pencerobohan (VAPT) dijalankan setiap tahun, bersama penilaian risiko keselamatan secara suku tahunan dan tahunan, dan Penilaian Tahap Kesediaan Siber (CSMA) serta penggunaan alat tadbir urus data turut dilaksanakan.
Tadbir urus risiko dan kesinambungan perniagaan telah dipertingkatkan melalui pelaksanaan pelan Climate Risk Management and Scenario Analysis (CRMSA) dan Climate Risk Stress Testing (CRST), kemas kini berkaitan risiko iklim, latihan tahunan Business Continuity Planning (BCP) serta pemantauan pematuhan terhadap peraturan.
Prinsip kepelbagaian dan keterangkuman diterapkan dalam program kepimpinan, disokong oleh sesi Town Hall dua kali setahun bagi meningkatkan penglibatan dan maklum balas daripada warga kerja.