Takaful Malaysia
Memperkasakan Pelajar Asnaf Melalui Program Takaful Malaysia 100 Youth Leadership
19 Ogo 2025

Takaful Malaysia telah menganjurkan program Takaful Malaysia 100 Youth Leadership, inisiatif pembangunan kepimpinan yang dilaksanakan khusus untuk mencungkil potensi pelajar muda berstatus Asnaf dan menyumbang kepada pembangunan negara. Program ini menghimpunkan seramai seratus (100) pelajar Asnaf Tingkatan 4 dari seluruh negeri Perak untuk menjalani pengalaman mendalam yang memfokuskan kepada kepimpinan, daya tahan, kerja berpasukan dan pembinaan jati diri.

 

Program Takaful Malaysia 100 Youth Leadership bertujuan untuk melahirkan generasi pemimpin muda yang berwawasan, berdaya tahan dan berkeupayaan tinggi, serta berkebolehan untuk memacu perubahan positif dalam komuniti dan negara. Menerusi aktiviti pembelajaran berasaskan kegiatan luar, para peserta memperoleh pelbagai pengajaran berharga mengenai kerjasama berpasukan, disiplin dan kepimpinan kendiri yang penting untuk melahirkan pemimpin masa depan negara.

 

Program ini telah dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Outward Bound Trust of Malaysia yang menyediakan satu rangka kursus pembangunan kepimpinan merangkumi teori dan aktiviti luar yang mencabar. Pendekatan menyeluruh ini bertujuan membentuk pemimpin muda yang berdisiplin dan bersemangat kental, serta bersedia menghadapi cabaran masa depan dan memberi sumbangan yang bermakna kepada keluarga, komuniti dan agenda pembangunan negara.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, Nor Azman Zainal, berkata, “Kami percaya bahawa pemerkasaan komuniti dan pembangunan negara bermula dengan pembentukan generasi muda. Dengan melabur dalam potensi para pelajar Asnaf, kita sedang mencungkil keupayaan mereka untuk memimpin diri sendiri, memberi inspirasi kepada orang lain, dan menyumbang secara positif kepada masa depan negara. Kami berharap kemahiran kepimpinan, jati diri yang kukuh serta nilai murni yang diterapkan melalui program ini akan membantu mereka menghadapi cabaran mendatang dan membawa perubahan positif dalam komuniti dan negara. Inisiatif ini selaras dengan tuntutan zakat dan konsep takaful, yang bertujuan untuk memberi impak yang berterusan melangkaui bantuan kewangan semata-mata. Melalui program ini kami mahu memupuk semangat insani dan memperkasakan para pelajar Asnaf demi masa depan yang lebih baik.”

"
Program Takaful Malaysia 100 Youth Leadership merupakan sebahagian daripada strategi Kumpulan untuk menerajui pembangunan komuniti dan pembinaan negara melalui pendidikan, pemerkasaan belia dan sokongan mampan kepada golongan yang memerlukan bantuan.

Takaful Malaysia terus komited dalam misinya untuk melaksanakan inisiatif yang bermanfaat dan menyumbang kepada pemerkasaan masyarakat yang berdaya tahan. Komitmen Kumpulan terhadap tanggungjawab sosial berakar daripada semangat tolong-menolong dan rasa tanggungjawab bersama yang menjadi nadi kepada konsep takaful. Melalui program seperti ini, Takaful Malaysia berusaha untuk menyemai budaya keprihatinan, semangat bekerjasama, dan kepimpinan dalam kalangan generasi muda.

 

Mohamed Sabri Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Malaysia Am (tengah) bersama wakil daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Outward Bound Trust Malaysia dan para pelajar Asnaf.

 

Program kepimpinan ini selari dengan peranan Takaful Malaysia sebagai peneraju dan institusi kewangan Islam terkemuka, yang memperlihatkan komitmennya dalam melahirkan pemimpin masa depan yang bertanggungjawab dan berwibawa, berpaksikan nilai murni serta prinsip takaful.

 

“Dengan memberi tumpuan kepada kepimpinan kendiri dan pembentukan jati diri yang kukuh, kita sedang membentuk individu yang berdaya tahan dan bakal menjadi teladan dalam komuniti. Kami berharap para pemimpin muda ini berkembang maju dan menjadi inspirasi kepada generasi muda,” kata Nor Azman Zainal.

 

Program Takaful Malaysia 100 Youth Leadership merupakan sebahagian daripada strategi Kumpulan untuk menerajui pembangunan komuniti dan pembinaan negara melalui pendidikan, pemerkasaan belia dan sokongan mampan kepada golongan yang memerlukan bantuan. Dengan melabur dalam potensi pemimpin muda hari ini, Takaful Malaysia membantu membuka laluan ke arah Malaysia yang lebih inklusif pada masa akan datang.

Takaful Malaysia Pacu Pertumbuhan Jangka Panjang dengan Inisiatif Strategik
Takaful Malaysia Catat Keputusan Kewangan Berdaya Tahan Bagi Separuh Pertama 2025
Memperkasakan Pelajar Asnaf Melalui Program Takaful Malaysia 100 Youth Leadership