Takaful Malaysia mengumumkan lanjutan kerjasama bankatakaful dengan Bank Rakyat, bank koperasi Islam terbesar di Malaysia.
Takaful Malaysia dan Bank Rakyat meneruskan jalinan kerjasama bankatakaful untuk mempromosi dan memasarkan produk takaful keluarga di mana Bank Rakyat, melalui pelbagai saluran pengedarannya, akan mempromosi dan memasarkan produk Takaful Malaysia kepada para pelanggannya.
Nor Azman Zainal, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia, berkata, “Pakatan strategik kami dengan Bank Rakyat selama ini telah memacu perniagaan yang mampan. Kerjasama berterusan kami dengan Bank Rakyat adalah bukti aspirasi kami untuk memberikan nilai kepada para pelanggan Bank. Bersama-sama, kami akan terus meningkatkan kesejahteraan kewangan para pelanggan dengan menawarkan akses kepada rangkaian produk perlindungan yang komprehensif dan mampu milik serta mengukuhkan perniagaan perancangan kewangan takaful keluarga. Kerjasama bankatakaful ini menjadi landasan penting dalam usaha kami untuk membantu para pelanggan Bank Rakyat mencapai matlamat kewangan mereka.”
Kerjasama bankatakaful ini menjadi satu tanda aras penting bagi kedua-dua institusi kewangan Islam terkemuka untuk memenuhi keperluan para pelanggan Bank Rakyat yang pelbagai dan memberikan jaminan kewangan melalui rangkaian penyelesaian perlindungan yang diuruskan oleh Takaful Malaysia. Lanjutan kerjasama ini mencerminkan dedikasi Takaful Malaysia untuk memanfaatkan keupayaan dalam menawarkan para pelanggan Bank Rakyat dengan penyelesaian perlindungan yang bersesuaian dan relevan dengan keperluan mereka.
Sebagai sebuah bank koperasi Islam yang terkemuka di negara ini, Bank Rakyat sentiasa berdedikasi untuk memastikan para pelanggannya mendapat akses kepada produk dan perkhidmatan insurans patuh syariah. Terdapat peluang besar untuk pertumbuhan masa depan dalam perniagaan bankatakaful. Kerjasama ini membolehkan kedua-dua institusi kewangan Islam menawarkan penyelesaian perlindungan yang inovatif dan berteraskan pelanggan, sekaligus menjamin kewangan para pelanggan untuk masa depan.
Nor Azman Zainal berkata, “Gabungan kepakaran kami dengan Bank Rakyat mewujudkan sinergi untuk memperkukuh portfolio perniagaan kami dalam segmen runcit untuk rangkaian produk takaful keluarga dan simpanan yang komprehensif dan mampu milik serta kedudukan utuh kami dalam perniagaan berkaitan kredit. Kerjasama bankatakaful ini mencerminkan dedikasi kedua-dua belah pihak untuk memberikan perkhidmatan kewangan yang terbaik dan memantapkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam landskap industri perkhidmatan kewangan Islam yang berkembang pesat. Melangkah ke hadapan, Takaful Malaysia dan Bank Rakyat akan kekal fokus untuk memenuhi keperluan para pelanggan dengan menawarkan penyelesaian perlindungan yang berpatutan dan komprehensif. Kami teruja dengan kerjasama ini dan berharap dapat mengukuhkan lagi hubungan kami dengan Bank Rakyat.”