Sijil Dandang dan Kebuk Tekanan menyediakan perlindungan untuk sebarang kerugian atau kerosakan fizikal secara tidak dijangka dan tiba-tiba akibat letupan kuat dan kejatuhan unit dandang dan peralatan tekanan wap dalaman atau tekanan cecair yang lain. Perlindungan adalah tertakluk kepada terma, pengecualian dan syarat sijil.
Sijil ini juga boleh dilanjutkan untuk membayar ganti rugi bagi kerosakan harta benda dan kecederaan anggota badan pihak ketiga yang ditanggung oleh Peserta di sisi undang-undang.
Melindungi kerosakan pada dandang atau radas lain
Melindungi kerosakan harta benda
di sekeliling kepunyaan Peserta seperti bangunan, jentera, stok dsb
Melindungi liabiliti
kepada peserta kerana kecederaan maut atau tidak membawa maut kepada atau kecederaan badan dan kerosakan pada harta pihak ketiga
Pemilik dandang & kebuk tekanan.
Jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar mungkin berbeza bergantung pada pendedahan risiko, keperluan pengunderaitan kami dan jumlah yang dilindungi oleh harta itu. Tertakluk pada sumbangan minimum RM250.00.
Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:
Anda boleh membatalkan sijil anda dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik sebahagian daripada sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).