Pelan perubatan yang membayar kos perubatan yang layak sehingga had tahunan keseluruhan.
Kemasukan tanpa tunai di hospital panel
Permohonan secara dalam talian dengan kelulusan segera
Perlindungan penuh untuk manfaat pesakit dalam dan luar
Tiada bayaran bersama walaupun anda menaik taraf Bilik & Penginapan anda
Tiada had seumur hidup sehingga umur 85 tahun
Rakyat Malaysia berumur 1 hingga 69 tahun pada hari lahir akan datang
Tempoh perlindungan sehingga umur 85 tahun
Individu berumur 19 tahun hingga 69 tahun pada hari lahir akan datang boleh memohon untuk menyertai pelan ini. Sebagai ibu bapa, anda juga boleh memohon pelan ini untuk anak anda yang mesti berumur sekurang-kurangnya 30 hari hingga 18 tahun pada hari lahir akan datang pada masa pendaftaran.
Tidak, pelan ini memberikan anda keputusan pengunderaitan segera di mana anda hanya perlu menjawab soalan pengunderaitan yang berkaitan berdasarkan keadaan kesihatan orang yang dilindungi.
Ya, pelan ini menyediakan e-kad perubatan. Sebaik sahaja anda berjaya menyertai pelan ini, anda boleh log masuk ke portal myTakaful Customer kami dan memuat turun e-kad perubatan. Untuk pelanggan langsung kami, anda juga boleh memuat turun e-kad perubatan daripada aplikasi mudah alih Click for Cover kami.
Amaun caruman berbeza mengikut pilihan pelan, mod pembayaran caruman, jantina dan umur orang dicapai yang dilindungi semasa pembaharuan.
Jika anda membatalkan sijil anda dalam tempoh 15 hari penelitian percuma dari tarikh penghantaran e-sijil, jumlah caruman yang anda telah bayar akan dikembalikan. Walau bagaimanapun, jika anda membatalkan selepas 15 hari penelitian percuma, anda mungkin layak mendapat sebahagian daripada bayaran balik caruman seperti yang ditentukan oleh kami dengan syarat tiada tuntutan dibuat dalam tahun sijil semasa.