Takaful Malaysia

Takaful myClick Travel PA

Pelan Perlindungan Kemalangan Peribadi Perjalanan Semua Dalam Satu

Pelan ini menyediakan pampasan sekiranya berlaku kecederaan, keilatan atau kematian yang disebabkan oleh kemalangan mengejut dan tidak dijangka, perbelanjaan perubatan yang ditanggung akibat kemalangan atau penyakit, kesulitan perjalanan dan perkhidmatan bantuan perjalanan untuk perjalanan ke luar negara.

Manfaat Utama

Penerbangan Tertunda, Terlepas atau Dibatalkan

Kehilangan Bagasi atau Barangan Peribadi

Bantuan Kecemasan 24/7 Seluruh Dunia

Banner

Kelayakan

Warganegara Malaysia.

Pemastautin tetap Malaysia.

Pemegang pas pekerjaan/permit kerja Malaysia.

Berumur 18 tahun hingga 79 tahun hari lahir berikutnya.

Kanak-kanak mestilah berumur antara 30 hari dan 18 tahun atau sehingga 23 tahun jika belajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

Bagaimana untuk Menyertai?

FAQ

Pelan ‘Keluarga’ melindungi anda, pasangan dan anak-anak yang layak (maksimum 5 anak) yang melancong bersama

Pelan ini menyediakan perlindungan untuk kemalangan diri, elaun perubatan dan hospital, pemindahan dan penghantaran pulang perubatan kecemasan, perjalanan dan banyak lagi.

Tidak, pelan ini tidak meliputi perjalanan domestik.

Sumbangan berbeza-beza bergantung pada pilihan pelan, destinasi dan tempoh perlindungan anda.

Sila hubungi talian hotline 24 jam kami di +603 -7628 3905. Pembekal perkhidmatan kami akan membuat pengaturan yang diperlukan untuk anda / rakan perjalanan anda.

Muat Turun Dokumen