Takaful Malaysia

Takaful myFire

Menyediakan perlindungan untuk kerugian harta benda

Pelan asas Takaful Kebakaran melindungi kerugian atau kerosakan harta benda anda yang disebabkan oleh kebakaran, kilat dan letupan gas silinder domestik di mana-mana bangunan dengan syarat bangunan hanya terpakai untuk penutup asas letupan domestik. Sijil ini boleh diperluaskan kepada peril khas yang dibenarkan di bawah Tarif Kebakaran Yang Disemak Semula (RFT).

Selain itu, anda boleh melanjutkan perlindungan untuk menampung kerugian sewa, yuran arkitek, juru ukur dan jurutera serta penghapusan serpihan tanpa sebarang kos tambahan kepada anda.

Anda boleh pilih untuk melindungi dari kerugian sewa dan peril berikut dengan sumbangan yang minimal:

  • Banjir
  • Tangki air yang pecah atau melimpah
  • Kerosakan hentaman
  • Kerosakan akibat niat jahat
  • Rusuhan dan Mogok

Manfaat Utama

Memperluaskan perlindungan

Untuk menampung kerugian sewa, yuran arkitek, juruukur dan jurutera serta penyingkiran serpihan tanpa kos tambahan kepada anda.

Manfaat Tambahan

akibat banjir, tangki air pecah atau melimpah, kerosakan hentaman, kerosakan berniat jahat, rusuhan dan mogok.

Banner

Kelayakan

Pemilik harta

Tempoh perlindungan: 1 tahun

Bantuan & Sokongan

Grey arrow
Grey arrow
Kalkulator Kos Bangunan
Ketahui lebih lanjut

Bagaimana untuk menyertai

Jumlah sumbangan tahunan yang anda perlu bayar bergantung pada keperluan pengunderaitan kami dan peril yang anda pilih. Tertakluk pada sumbangan minimum RM60.00 untuk kediaman dan RM75.00 untuk bukan kediaman.

Produk ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:

  1. i) Peril seperti yang dinyatakan melainkan ia dilanjutkan dan sumbangan tambahan dibayar.
  2. Kerugian akibat kecurian semasa dan selepas berlakunya kebakaran.
  3. Peperangan dan kekecohan awam.
  4. Pencemaran radioaktif.
  5. Pembakaran oleh Peserta sendiri.
  6. Bangunan runtuh
  7. Bangunan yang dilindungi dan/atau mengandungi harta tanah yang dilindungi tidak berpenghuni dan kekal sedemikian untuk tempoh lebih daripada 30 hari berturut-turut.
  8. Pengecaman tarikh.
  9. Sebarang peristiwa lain yang dilarang oleh prinsip Syariah.

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk Sijil untuk senarai penuh pengecualian di bawah produk ini

Anda boleh membatalkan sijil anda pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada kami. Selepas pembatalan, anda layak mendapat sebahagian daripada bayaran sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.

Muat Turun Dokumen