Menyediakan perlindungan menyeluruh untuk kenderaan anda (kereta persendirian) sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan akibat kemalangan, kebakaran atau kecurian serta liabiliti kepada pihak ketiga untuk kematian atau kecederaan badan dan kerugian atau kerosakan harta benda.
Perlindungan Komprehensif
Dengan perlindungan kemalangan diri percuma sebanyak RM15,000 untuk setiap pemandu dan penumpang sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan atau Keilatan Menyeluruh dan Kekal semasa dalam perjalanan atau turun dari kenderaan
Manfaat Perlindungan Kebakaran dan Kecurian Pihak Ketiga
Terima bayaran sekiranya berlaku kematian atau kecederaan badan terhadap liabiliti dan kerosakan kepada kenderaan pihak ketiga atau harta benda yang disebabkan oleh kenderaan anda
Pulangan Tunai
Sekiranya tiada tuntutan sepanjang tempoh perlindungan
Program bantuan tepi jalan 24/7
Tundaan kerosakan percuma sehingga 50km untuk kereta persendirian.
Perlindungan tambahan
Untuk ketenangan jiwa anda termasuk kerosakan cermin depan, perlindungan liabiliti penumpang, bahaya khas akibat bencana alam dan banyak lagi
Pemilik kereta persendirian
Tempoh perlindungan, 1 tahun
Produk ini melindungi:
Sumbangan yang perlu anda bayar mungkin bergantung kepada kelayakan NCD, manfaat pilihan dan faktor penarafan kami seperti jumlah perlindungan, umur kenderaan, buatan dan model kenderaan serta umur pemandu.
Anda boleh membatalkan sijil pada bila-bila masa dengan memberi kami notis bertulis . Selepas pembatalan, anda layak menerima sebahagian bayaran balik sumbangan dengan syarat anda tidak membuat sebarang tuntutan.
Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).