Dalam peraduan ini, Peserta (“Peserta”) yang layak harus mematuhi Langkah Peraduan berikut agar penyertaan dianggap memenuhi syarat layak:
Langkah 1: LIKE post.
Langkah 2: Komen ucapan yang kreatif/menarik dan lengkapkan ayat “Terima kasih cikgu… kerana…” beserta hashtag #TerimaKasihCikguTM di ruangan komen dan tag @takafulmalaysia.official (Instagram) atau Takaful Malaysia (Facebook).
Langkah 3: Tag seorang (1) cikgu.
Enam (6) Peserta yang memberikan ucapan bersama penerima ucapan akan dipilih sebagai Pemenang (“Pemenang”). Pemenang akan dipilih sama ada daripada Facebook rasmi Takaful Malaysia atau Instagram rasmi Takaful Malaysia. Penyertaan akan diadili oleh barisan juri dari pihak penganjur.
Dua belas (12) orang Pemenang akan dipilih pada akhir Tempoh Peraduan.
Pemenang akan diumumkan di halaman Facebook rasmi dan Instagram rasmi Takaful Malaysia pada 19 Mei 2023.