Takaful Malaysia

Takaful myMabrur

Perlindungan Takaful untuk Perjalanan Haji dan Umrah Anda

Fokus pada matlamat ibadah anda dan biar kami kendalikan sebarang kejadian yang mungkin timbul bagi memastikan anda berupaya untuk beribadah secara tenang.

Manfaat Utama

Penerbangan Tertunda, Terlepas atau Dibatalkan

Kehilangan Bagasi atau Barangan Peribadi

Bantuan Kecemasan 24/7 Seluruh Dunia

Banner

Kelayakan

Rakyat Malaysia;

Pemastautin tetap Malaysia;

Pemegang pas pekerjaan/permit kerja Malaysia yang beragama Islam dan perjalanan ke Arab Saudi bagi tujuan mengerjakan ibadah Haji/Umrah dengan visa yang sah;

Berumur dari 18 hingga 80 tahun; atau

Kanak-kanak berumur sekurang-kurangnya 30 hari hingga 18 tahun, atau bawah umur 23 tahun sekiranya masih belajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

Bagaimana untuk Menyertai?

Soalan Lazim

Pelan “Keluarga” melindungi anda, pasangan dan anak-anak anda (maksimum 5 anak) yang mengerjakan ibadah Haji/Umrah bersama anda.

Ya anda dilindungi dengan syarat ziarah ke Turkiye dan Mesir masih di dalam Tempoh Takaful yang tertera di dalam sijil anda. Produk ini turut melindungi anda semasa berada di negara yang berdekatan dengan Arab Saudi (kecuali Afghanistan, Iran dan Syria) sekiranya perjalanan Haji/Umrah anda termasuk ziarah ke negara tersebut.

Perlindungan bermula dari tarikh kuat kuasa sijil dan semasa orang yang dilindungi meninggalkan rumahnya untuk perjalanan terus ke tempat berlepas di Malaysia untuk memulakan perjalanan Haji/Umrah; dan masa tersebut mestilah tidak melebihi 6 jam sebelum masa yang dijadualkan untuk berlepas dari Malaysia.

Perlindungan akan ditamatkan secara automatik pada mana-mana yang berikut berlaku dahulu:

      • 6 jam selepas waktu ketibaan yang dijadualkan di destinasi akhir di Malaysia;
      • selepas kematian orang yang dilindungi;
      • apabila tamat Tempoh Takaful seperti yang dinyatakan dalam sijil pada 23:59 pm waktu Malaysia; atau
      • apabila orang yang dilindungi pulang ke rumahnya di Malaysia.

Anda boleh menyertai pelan Takaful ini melalui kaedah berikut:

      • Hubungi ejen sah Kami; atau
      • Kunjungi mana-mana cawangan Kami.
        Anda digalakkan untuk mendaftar sekurang-kurangnya 7 hari sebelum berlepas untuk menikmati manfaat pembatalan perjalanan.

Sila hubungi talian hotline 24 jam kami di +603 -7628 3905 dan penyedia perkhidmatan kami akan membantu anda / rakan perjalanan anda.

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah produk yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (TIPS) PIDM atau hubungi Takaful Malaysia atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

Muat Turun Dokumen